Elaun Cola Akan Ditarik Balik

>> 21 Januari 2010

21.1.10 Pada 4:10 PM Kiriman Oleh ammboi.blogspot


Di petang yang hujannya renyai-renyai ni penulis nak ambik masa la ckit untuk update blog ni. Kerje dah setel dan tapi ada la lagi sikit-sikit urusan yang masih belum di'complete' kan. Maklumlah ni isu hangat jugak ni untuk kakitangan awam.

ELAUN COLA AKAN DITARIK BALIK

Penulis bukan sesaja nak mengkalutkan keadaan. Namun ianya menjadi tanda tanya kepada penulis sepanjang hari ini. Betul ke? Apa komen pihak yang berkenaan. Dari pagi cerita ni tersebar, makin merebak dan makin berkembang la pulak jalan ceritanya. Sehinggakan penulis sendiri naik hairan, siapakah mereka ni? mata-mata kerajaan ke? spy PM ke? orang kanan tertinggi kerajaan ke? (dah semua dia tau...padahal belum ada berita rasmi lagi!). Untuk kepastian penulis cuba search kat GOOGLE dengan menaip COLA. Rupa-rupanya dah banyak post hari ni berkenaan tajuk COLA. Dasat jugak.

Ada yang cakap beberapa JABATAN/KEMENTERIAN telah menerima pekeliling berkenaan isu tersebut dan sumber berita yang tak boleh dipercayai sangat kata COLA akan mula STOP pada APRIL ni.

Baca Selanjutnya >>>

Read more...

Tipah Tertipu Lagi? Mana BMW Tipah!!!

>> 20 Januari 2010

Zaman lani diketahui umum sebagai dunia tanpa sempadan. Zaman makin canggih la katakan. Semakin canggihnya zaman tu makin ramaila yang kena tipu. Tak kena tipu macam mana bila sesuatu promosi mahupun kempen bagaikan naik gila orang dibuatnya. Tapi jangan sampai 'gila' dah la.

Kedengaran pihak kementerian nak haramkan peraduan ataupun kuiz melalui sms. Dulu ada sebuah syarikat terpaksa hentikan peraduannya dek kerana pihak yang berkenaan menfatwakan kaedah yang dijalankan syarikat terbabit sama dengan perjudian. Jadi mana-man yang melabur tu kira rugi sakan la.

Ni pulak ada penulis baca kat paper, pengguna ni nak failkan saman terhadap sebuah syarikat telekomunikasi kerana beliau gagal memenangi BMW. Sehinggakan Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna menyatakan "Awak bukan budak-budak, sepatutnya awak tahu apa yang awak buat. Sebab tak dapat BMW, datang buat tuntutan, jangan salahkan orang lain kalau awak bernasib malang."


Semua peraduan yang dilakukan ibarat bergantung pada nasib semata. Hebat dengan iklan menang kereta la, duit la, tapi nak menang memang la susah. Dah berjuta orang menyertainya. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika anda gagal menilai mana yang baik mahupun keburukannya.


p/s : Artikel ini adalah petikan dari Blog MyAmmToday

Read more...

Duit Online Cara Mudah Tapi Tenat

>> 19 Januari 2010

Hari ni penulis nak sembang berkenaan cara/kaedah cari duit/pendapatan secara online ni. Hakikatnya kat sini penulis nak nyatakan penulis bukanlah seorang yang berjaya dalam bidang ni tapi boleh dikatakan baru nak mencuba la. Faham-faham la penulis langsung takde pengetahuan dalam bidang ni mahupun bidang yang sama jenis dengannya.

Duit Online, banyak yang kita baca dan lihat dalam dunia maya ni. Sehinggakan kita boleh kelabu mata nak dapatkannya. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk memukau pengguna teknologi maya ni. Ada yang baik, yang ok tapi boleh cerita kat sini banyak yang tipu jela.

Yang baiknya penulis ada join ngan beberapa syarikat pengiklanan maya ni. Contohnya macam :

1. Nuffnang (http://www.nuffnang.com.my/)
2. Advertlets (http://www.advertlets.com/publishers/dashboard)
3. Amazon
4. Dll....

Namun yang pastinya hanya blog yang menerima hit/kunjungan beratus keatas sehari sahaja yang boleh mendapat pendapatan yang dikehendaki. Kalau setakat 10 pengunjung baik takyah. Macam blog penulis yang menerima klik lebih kurang 2 klik sehari cuma mampu mencapai pendapatan setakat RM4.65 sahaja setelah beberapa bulan. heheehe.. Sabor ajela...

Jadi ada kempen sama-sama klik yang sedang dijalankan secara rahsia agar rakan bloggers bersama-sama mendapat pendapatan. Ok ke kempen tu? Adil ke? Em... Kalau ok jom KLIK kat blog ni...

TQvm...

Read more...

ADMIN.Net

Kandungan dalam blog ini merupakan karya sendiri penulis, petikan dari sumber yang dinyatakan (bagi tujuan perkongsian bersama atau sebagai koleksi penulis) dan ianya diyakini sesuai untuk bacaan semua.

Penulisan dalam blog ini kebanyakkannya tidak sesuai untuk tujuan rasmi. Jadi pandai-pandailah nilaikannya sendri yer...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP