Tipah Tertipu Lagi? Mana BMW Tipah!!!

>> 20 Januari 2010

Zaman lani diketahui umum sebagai dunia tanpa sempadan. Zaman makin canggih la katakan. Semakin canggihnya zaman tu makin ramaila yang kena tipu. Tak kena tipu macam mana bila sesuatu promosi mahupun kempen bagaikan naik gila orang dibuatnya. Tapi jangan sampai 'gila' dah la.

Kedengaran pihak kementerian nak haramkan peraduan ataupun kuiz melalui sms. Dulu ada sebuah syarikat terpaksa hentikan peraduannya dek kerana pihak yang berkenaan menfatwakan kaedah yang dijalankan syarikat terbabit sama dengan perjudian. Jadi mana-man yang melabur tu kira rugi sakan la.

Ni pulak ada penulis baca kat paper, pengguna ni nak failkan saman terhadap sebuah syarikat telekomunikasi kerana beliau gagal memenangi BMW. Sehinggakan Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna menyatakan "Awak bukan budak-budak, sepatutnya awak tahu apa yang awak buat. Sebab tak dapat BMW, datang buat tuntutan, jangan salahkan orang lain kalau awak bernasib malang."


Semua peraduan yang dilakukan ibarat bergantung pada nasib semata. Hebat dengan iklan menang kereta la, duit la, tapi nak menang memang la susah. Dah berjuta orang menyertainya. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika anda gagal menilai mana yang baik mahupun keburukannya.


p/s : Artikel ini adalah petikan dari Blog MyAmmToday

0 comments:

ADMIN.Net

Kandungan dalam blog ini merupakan karya sendiri penulis, petikan dari sumber yang dinyatakan (bagi tujuan perkongsian bersama atau sebagai koleksi penulis) dan ianya diyakini sesuai untuk bacaan semua.

Penulisan dalam blog ini kebanyakkannya tidak sesuai untuk tujuan rasmi. Jadi pandai-pandailah nilaikannya sendri yer...

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP